Thursday, March 26, 2015

Muharam ertinya yang diharamkan atau yang dipantangkan. Dinamakan Muharram kerana pada bulan ini masyarakat Arab Jahilliah dilarang sama sekali berperang atau berbunuh-bunuhan sesama mereka. Muharram dipilih sebagai bulan pertama dalam tahun baru hijrah kerana pada bulan ini Rasulullah SAW mula bertekad untuk berhijrah ke Madinah, setelah menerima ancaman yang cukup keras daripada kaumnya di Mekah. Ini dikuatkan dengan janji tokoh-tokoh Islam Madinah di Aqabah (selepas haji wada'(perpisahan) yang menyatakan sumpah setianya kepada Rasulullah, sekiranya baginda berhijrah ke sana.

Safar ertinya kosong (sifar) kerana pada bulan kedua ini orang-orang Arab terutamanya lelaki meninggalkan rumah mereka untuk berdagang, mengembara dan menjalankan kegiatan ekonomi yang lain di luar tempat mereka tinggal. Ini menyebabkan kesemua rumah-rumah mereka menjadi kosong terutamanya lelaki dan yang tinggal cuma kanak-kanak serta kaum perempuan.

Rabi' ertinya menetap. Awal ertinya pertama. Rabiulawal ertinya menetap yang pertama. Dinamakan Rabi'ulawal kerana bulan ini lelaki yang keluar beramai-ramai mencari nafkah pada bulan safar tadi, mula pulang semula ke rumah masing-masing dengan membawa hasil dagangan dan pertanian.

Rabiulakhir adalah tempoh penghabisan bagi orang-orang Arab lelaki yang keluar rumah mencari nafkah kembali semula ke rumah masing-masing (menetap akhir). Keadaan perkampungan mereka mula riuh-rendah dan anak isteri masing-masing begembira dengan kepulangan ayah dan suami mereka.

Jamadil ertinya kering. Jamadilawal ertinya kering pertama. Dinamakan demikian kerana pada masa dahulu ketika bulan Jamadilawal tanah Arab akan mula menghadapi masalah kekeringan air, parit, perigi dan lembah-lembah menjadi kering kontang setengahnya menjadi beku.

Jamadilakhir ertinya kering kali yang terakhir atau penghabisan. Dinamakan demikian kerana masalah kekeringan tanah dan lembah yang dialami pada bulan lalu, akan mula berakhir pada bulan ini apabila air mula mengalir.

Rejab ertinya mulia atau agung. Bulan Rejab adalah bulan yang dianggap mulia. Orang-orang Arab menamakan bulan Rejab kerana pada masa dahulu mereka begitu memuliakan bulan tersebut. Diriwayatkan bahawa Nabi SAW telah bersabda; "Ketahuilah bahawa bulan ALLAH SWT, maka barangsiapa yang berpuasa satu hari dalam bulan Rejab dengan ikhlas, maka pasti ia mendapat keredhaan yang besar dari ALLAH SWT.

Sya'aban ertinya berkelompok. Orang Arab pada bulan ini lazimnya berkelompok untuk mencari nafkah. Peristiwa penting bagi umat Islam pada bulan ini adalah pertukaran kiblat umat Islam dari Baitul Maqdis ke Kaabah (Baitullah). Sabda Nabi SAW: Apabila masuk bulan Sya'aban, baikkanlah niatmu padanya, kerana kelebihan Sya'aban atas segala bulan seperti kelebihanku atas kamu. Barangsiapa berpuasa pada awal hari khamis pada bulan Sya'aban dan akhir Khamis daripada Sya'aban dimasukkan dia ke dalam syurga (dari kitab Al-Barakah).

Ramadan ertinya sangat panas. Bulan ini merupakan satu-satunya bulan yang tersebut dalam al-Quran. Satu bulan yang punyai pelbagai kelebihan dan keutamaan. Ia melambangkan kesucian dan amat penting bagi umat Islam. Bulan Ramadan penuh dengan keistimewaan dan kelebihan. Abu Hurairah menyatakan: Telah bersanda Rasulullah SAW yang bermaksud: Apabila telah tibanya Ramadan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. - Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e Ahmad.

Bulan Syawal adalah bulan perayaan dan kemenangan kegembiraan menyambut Syawal adalah manifestasi kekuatan iman yang telah memenangi pertarungan melawan hawa nafsu selama sebulan. Satu keistimewaan yang difahami dari sabda Nabi Muhammad SAW itu ialah satu kebajikan dan peluang yang paling berharga disediakan kepada orang-orang yang mengejar nikmat dan kemurahan Allah SWT sepanjang hidup terdapat pula di bulan Syawal iaitu puasa enam hari di dalamnya.

Zulkaedah ertinya yang empunya duduk. Dinamakan Zulkaedah kerana pada bulan ini orang-orang Arab semuanya duduk di rumah, tidak ke mana-mana. Mereka tidak musafir atau meninggalkan rumah seperti pada bulan-bulan yang lain. Sebaliknya mereka duduk-duduk dan beristirehat sahaja di rumah (cuti).

Zulhijjah ertinya empunya haji. Dinamakan Zulhijjah kerana pada bulan ini umat manusia sejak zaman Nabi Adam a.s melakukan ibadat haji ketika Nabi Adam mengerjakan ibadat haji. Jibril a.s berkata kepadanya 7000 tahun sebelum anda melakukan ibadah haji ini. Malaikat sudah tawaf mengelilingi kaabah. (Petikan dari AL Islam Bil 269 Zulhijjah/Muharram 1417/Mei1996).
Jika jiwa manusia istiqamah dan jernih, maka apa saja yang muncul darinya akan menjadi soleh dan indah.
Janganlah sekali-kali mensia-siakan waktu meskipun sesaat tanpa diisi aktiviti kerana waktu adalah sebahagian daripada penyelesaian dalam mengatasi berbagai masalah individu, kejiwaaan, sosial dan berbagai persoalan dalam setiap aspek kehidupan.
Barangsiapa yang membunuh waktunya, maka sama sahaja dengan membunuh dirinya sendiri kerana waktu adalah kehidupan itu sendiri.
Ukhuwah adalah terikatnya hati dan rohani dengan ikatan aqidah. Aqidah adalah sekukuh-kukuh ikatan dan semulia-mulianya. Ukhuwah adalah saudaranya keimanan, sedangkan perpecahan adalah saudara kembarnya kekufuran. Kekuatan yang pertama adalah kekuatan kesatuan; tidak ada kesatuan tanpa cinta kasih; minima cinta kasih adalah kelapangan dada dan maksimanya adalah itsar (mementingkan orang lain dari diri sendiri).
Kewajipan-kewajipan kita adalah lebih banyak daripada masa yang ada pada kita. Oleh itu, bantulah saudaramu seperti dirimu melakukan tugas sendiri, maka ringankanlah perlaksanaannya.
Berkenal-kenallah dengan setiap saudara muslimin yang kamu temui sekalipun ia tidak meminta untuk berkenalan, kerana asas pergerakan seruan kita ialah berkasih sayang dan berkenal-kenalan.
Janganlah banyak bergurau, kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti istilah bergurau melainkan bersungguh-sungguh dalam semua perkara.
Janganlah banyak ketawa, kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu, selalunya tenang dan tenteram.
Jangan banyak bertengkar dalam apa jua perkara sekalipun kerana pertengkaran yang kosong itu tidak memberi apa-apa kebaikan.

Tuesday, March 24, 2015

Bacalah al-Quran, atau tatapilah buku-buku, atau pergilah mendengar perkara yang baik ataupun amalkanlah zikrullah dan janganlah sama sekali membuang masa walau sedikitpun, dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah.
ILMU penyuluh hidup, AMAL bekalan perjalanan, AKHLAK hiasan jiwa dan peribadi menuju destinasi AKHIRAT yang sudah pasti.
Kitab yang terletak di perpustakaan amat sedikit yang membacanya, tetapi seorang Muslim sejati laksana 'kitab terbuka' yang semua orang dapat membacanya. Ke mana saja ia pergi, ia adalah dakwah yang bergerak.

Tuesday, February 17, 2015

Daripada Abu Hurairah diriwayatkan Nabi Muhammad SAW bersabda yang maksudnya: 
"Siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah ia berkata baik atau ia diam"
(Hadis riwayat Imam Bukhari dan Muslim)

Dalam hadis lain, Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: 
"Sesungguhnya Allah benci kepada orang yang buruk budi pekertinya serta kotor lidahnya."
(Hadis riwayat Imam Tirmizi)

Menurut Rasulullah SAW ada tiga jenis manusia, iaitu yang mendapat pahala, selamat daripada dosa dan binasa. Orang yang mendapat pahala sentiasa mengingati Allah, berzikir, mengerjakan solat dan sebagainya. Orang yang selamat daripada dosa ialah mereka yang diam, manakala orang yang binasa sentiasa melakukan perkara yang mungkar, maksiat dan tidak mengawal lidahnya dengan baik.

Kita dapat mengenal peribadi seseorang daripada percakapannya. Orang yang tinggi akhlak selalunya bercakap hal yang baik saja, tidak menyakiti hati orang lain, tidak mengucapkan perkataan kotor dan tidak banyak bercakap. Mereka mengawal lidah sebaik-baiknya.

Dalam hadis yang diriwayatkan Tirmizi dan Ibnu Majah, Abu Hurairah menceritakan apabila Rasulullah SAW ditanya sebab terbesar yang membawa seseorang masuk syurga, Rasulullah menjawab: 
"Takwa kepada Allah dan akhlak yang baik"

Apabila ditanya pula sebab terbesar yang membawa manusia masuk neraka, maka Rasulullah menjawab,
"Dua rongga badan iaitu mulut dan kemaluan"
Kata Imam al-Ghazali, lidah antara nikmat Allah SWT yang besar dan antara ciptaan Tuhan yang amat halus dan ganjil. Lidah mempunyai bentuk yang indah, kecil dan menarik. Keimanan dan kekufuran seseorang tiada terang dan jelas, selain dengan kesaksian lidah. Lidah mempunyai ketaatan yang besar dan mempunyai dosa pula. Anggota tubuh yang paling derhaka kepada manusia ialah lidah. Sesungguhnya lidah alat perangkap syaitan yang paling jitu untuk menjerumuskan manusia. Daripada kata Imam al-Ghazali itu jelas menunjukkan kepada kita besarnya peranan lidah dalam kehidupan manusia kerana lidah kita boleh masuk syurga dan kerana lidah juga boleh dihumban kita ke neraka. Oleh kerana lidah boleh membawa kebaikan dan keburukan dalam hidup manusia, kita perlu sentiasa berwaspada menggunakan lidah sewaktu bertutur kata. Dengan kata lain, kita hendaklah bijak menggunakan lidah apabila bercakap. Sekiranya kata yang kita ucapkan boleh menyebabkan orang yang mendengarnya sakit hati atau terguris, ia boleh mendatangkan keburukan kepada kita. Pepatah ada mengatakan kerana mulut badan binasa. Justeru, sebelum kita berkata sesuatu hendaklah berfikir terlebih dulu. Kita gunakan lidah untuk berkata sesuatu yang baik dan tidak sia-sia atau lebih baik lagi kita diam. Itu lebih memberi manfaat daripada kita berkata perkara yang boleh mendatangkan dosa. Sesungguhnya orang beriman tidak bercakap perkara yang sia-sia dan tiada berfaedah.

Wednesday, February 11, 2015


Tahun biasa mengandungi 365 hari dalam setahun sementara tahun lompat pula mengandungi 366 hari dengan ditambah 1 hari pada akhir bulan februari. Taqwim hari ini berasaskan kepada pergerakan bumi mengelilingi matahari. Satu pusingan lengkap bumi mengelilingi matahari di sebut satu tahun suria. 
Perjalanan Quddus Mencari Nur Pembuka Segala Pintu-Pintu Rahmat Yang Barokah 
Sebatang lilin mengambil masa lebih kurang 1:44:11.71 untuk terpadam

Tuesday, February 10, 2015

Hai Hani.......
Daddy dah jahit Tow Mater awak, see.......





Thursday, January 29, 2015

Hindarilah pendebatan yang tidak perlu serta perkumpulan yang tidak bermanfaat. Jauhilah kawan yang jahil kerana ia boleh menarikmu kepada kejahilan (seperti dirinya). Ketahuilah bahawa tabiat yang buruk boleh mempengaruhi tabiat baikmu dan penglihatan matamu yang buruk boleh menjerumuskanmu ke dalam kejahatan.
Empat hal yang mendatangkan kebahagiaan, iaitu buku yang bermanfaat, anak yang berbakti, isteri yang dicintai, dan kawan yang soleh. Dan Allahlah yang mengantikan seluruhnya.
Orang yang tidak bahagia di rumahnya tidak akan bahagia di tempat lain. Orang yang tidak dicintai keluarganya nescaya tidak akan dicintai siapa pun. Orang yang menyia-yiakan hari ini akan menyia-yiakan hari esok.
Jadikan sahabat sejatimu adalah pena; saluran penumpahan idea-ideamu adalah dakwat; kawan bermainmu adalah buku; istanamu adalah rumahmu; dan simpanan kekayaanmu adalah tenaga atau masa sihatmu. Jangan hiraukan hal-hal yang telah berlalu.
Betapa beruntungnya dirimu, wahai burung-burung. Kamu boleh menyusuri aliran sungai yang tenang, hinggap di celah-celah ranting pepohon, makan dari buah-buahan yang beraneka macam, tidak pernah diliputi kekhuatiran akan datangnya bahaya, dan tidak pernah melintas di atas kobaran api yang membara. Kamu jauh lebih berbahagia daripada manusia.
Kepedihan dalam mencapai cita-cita adalah nikmat, keletihan dalam mewujudkan obsesi adalah ketenangan, peluh kerana kerja adalah pewangi, dan pujian yang baik adalah wewangian yang semerbak.
Hati yang selalu bahagia akan membunuh virus penderitaan, demikian juga jiwa yang pasrah kepada takdir Allah s.w.t. akan menghancurkan bakteria kebencian.
Dirimu masih boleh berjalan di atas tapak kaki padahal pada masa yang sama banyak tapak kaki yang buntung. Engkau masih boleh berdiri tegak dengan betismu padahal ramai orang yang betisnya harus dipotong. Engkau masih boleh tidur dengan nyeyak padahal ramai orang di sekelilingmu yang sedang mengerang kesakitan.
Dirimu memiliki organ tubuh yang sempurna, iaitu dua mata, dua telinga, dua tangan, dua kaki, dan lidah. Engkau juga mempunyai iman, ilmu, dan rasa aman. Kenapa masih tidak bersyukur? Tidak ingatkah anda dengan firman Allah s.w.t., Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan? (ar-Rahman: 13)
Dua macam nikmat yang tidak nampak (kewujudannya sering tidak disedari) adalah kesihatan jasmani dan keamanan lingkungan tempat tinggal. Adapun dua nikmat yang dapat dengan mudah dirasakan adalah pujian dari orang lain dan memiliki keluarga yang soleh.
Sembahyang di waktu malam adalah keagungan siang hari, senang memberikan kebaikan kepada orang lain adalah satu bentuk kebersihan hati, dan menunggu pertolongan dari Allah adalah ibadah.
Maha Suci Allah s.w.t. yang telah memuliakan mereka yang merendahkan diri di hadapan-Nya; terhormat bagi yang meminta kepada-Nya; berkecukupan bagi yang memohon anugerah-Nya; tinggi di mata manusia bagi yang menundukkan diri kepada zat-Nya; dan bahagia bagi yang pasrah kepada ketentuan/takdir-Nya.
Jangan sangka bahawa anda akan diberikan anugerah dalam segala hal, tetapi yakinlah bahawa anda akan mendapat banyak kebaikan. Sedangkan jika anda berfikir bahawa anda akan mendapat seluruh anugerah dan pemberian, maka hal itu adalah mustahil.
Rasa aman adalah tempat berpijak yang paling kukuh dan kesihatan adalah perisai yang paling utama. Ilmu pengetahuan adalah makanan yang paling lazat, cinta adalah ubat yang paling mujarab, sedangkan pakaian yang menutup aurat pembalut tubuh yang paling indah.
Jika engkau memohon atau mengadukan keadaanmu kepada Allah s.w.t. dalam sujud-sujudmu maka sampaikanlah dengan suara perlahan kerana sesungguhnya  Ia Maha Mendengar dan Maha Mengetahui segala yang tersamar. Jangan perdengarkan permintaanmu itu kepada orang lain di sampingmu. Sesungguhnya kecintaan ditandai dengan rahsiaan sementara manusia bersifat iri lagi dengki.
Mensyukuri nikmat akan menghapuskan bencana, meninggalkan dosa adalah kehidupan hati, dan mengalahkan nafsu adalah kelazatan orang-orang yang besar.
Bersendirian itu lebih baik daripada kawan yang jahat, dan kawan yang soleh lebih baik daripada bersendirian, uzlah adalah ibadah, sementara berfikir adalah ibadah dalam bentuk yang lain.
Dunia selalu berputar dan hari terus berganti. Keadaan yang sama tidak akan berlangsung selamanya. Allah s.w.t. Yang Maha Penyayang juga sentiasa mengawasi keadaan hamba-hamba-Nya setiap saat....... maka kenapa bersedih?

Wednesday, January 28, 2015

Jalan yang paling selamat adalah jalan menuju ke rumah. Hari yang paling indah adalah hari yang diisi dengan amal soleh. Saat yang paling buruk adalah ketika engkau melakukan kejahatan terhadap orang lain.
Jangan bayangkan kebahagiaan yang lebih besar daripada apa yang anda rasakan saat ini, supaya anda tidak kehilangan apa yang anda miliki saat ini. Dan jangan tunggu-tunggu musibah yang akan datang, kerana jika demikian bererti anda ingin mempercepatkan datangnya kesusahan dan kesedihan.
Gembira dengan dunia adalah kegembiraan kanak-kanak, gembira dengan keimanan adalah kegembiraan orang-orang abrar, berkhidmat kepada harta adalah hina, dan beramal kepada Allah adalah kemuliaan.
Jika seseorang mencelamu maka pada hakikatnya ia telah mencaci maki Allah s.w.t. Pada saat itu orang tersebut juga menderhakai Allah s.w.t. padahal Ia telah menciptakannya dari tiada; tiada bersyukur padahal Allah s.w.t. yang telah menghilangkan lapar dan memberinya makan; juga menentang kekuasaan-Nya padahal Ia telah memberinya rasa aman.
Rasulullah s.a.w. Bersabda: Jangan mengucapkan kata-kata yang kamu akan menyesalinya kemudian. (Riwayat Ibnu Majah dan Ahmad)
Beruzlah adalah kerajaan berfikir, terlalu banyak bergaul adalah bodoh, menggantungkan diri kepada manusia adalah tindakan yang keliru, dan memusuhi mereka adalah tindakan tidak bermanfaat.
Sebaik-baiknya sahabat ialah orang yang anda percayai, anda merasa damai dengannya, anda dapat mengadu kesusahan anda kepadanya, ia dapat menceritakan kepada anda kesusahannya dan tidak membocorkan rahsia anda.
Rasulullah s.a.w. bersabda: Jangan sekali-kali menaruh harapan pada sesuatu yang ada dalam kekuasaan manusia. (Riwayat Ibnu Manjah)
Rasulullah s.a.w. Bersabda: Hiduplah di dunia seakan-akan engkau adalah seorang pengembara atau orang yang sedang menumpang lalu. (Riwayat Bukhari, Tirmizi, Ibnu Majah, dan Ahmad)
Ibadah adalah kebahagiaan, kesolehan adalah keberhasilan, dan siapa yang terus berzikir, sentiasa beristighfar dan memperbanyak doa, maka ia adalah seorang hamba Allah yang soleh.
Sepotong roti kering dalam keamanan itu lebih lazat daripada madu dalam ketakutan. Tinggal di khemah tetapi terjaga dari fitnah itu lebih baik daripada tinggal di istana yang penuh fitnah.
Sesungguhnya kenikmatan yang hakiki terletak pada perasaan puas terhadap apa yang ada, ketenang hati, terjauh dari fitnah atau huru-hara, selamat dari bala, bersyukur terhadap nikmat-Nya, serta dapat beribadah secara bebas dan berkesinambungan.
Bersikap zuhudlah di dunia nescaya Allah s.w.t. akan mencintaimu. Jauhilah hal-hal yang tidak disukai manusia nescaya mereka akan menyayangimu. Puaslah dengan nikmat yang sedikit, amalkan ajaran-ajaran Al-Quran, bersiap-sedialah menghadapi kematian, dan takutlah terhadap seksaan Allah s.w.t.
Kebahagiaan ilmu pengetahuan itu bersifat tetap, keagungannya kekal, namanya selalu dikenang; sedangkan kebahagiaan memiliki harta akan lenyap, keagungannya akan hilang, dan namanya segera dilupakan. 
Kemampuan melupakan hal-hal yang tidak disenangi adalah suatu nikmat, mengingatkan nikmat-nikmat adalah kebaikan, dan tidak memikirkan kekurangan orang lain adalah satu keutamaan.
Rasulullah s.a.w Bersabda: Anggaplah sembahyangmu hari ini sebagai sembahyang yang terakhir. (Riwayat Ibnu Majah dan Ahmad)
Jangan memikul bola dunia di atas lain akan memerhatikan keseluruhan urusanmu. Ketahuilah, sesungguhnya setiap orang memiliki urusannya sendiri sehingga tidak akan sempat memerhatikan urusan orang lain!
Wanita yang cantik lagi takwa, rumah yang luas, rezeki yang cukup, dan tetangga yang soleh adalah kenikmatan yang kurang disedari oleh kebanyakan manusia.
Perilaku buruk adalah azab, kedengkian adalah racun, ghibah adalah kehinaan, dan mencari-cari kesalahan adalah kerugian.
Kebahagiaan adalah lenyapnya kepedihan, hilangnya permusuhan, hidup dihiasai amal soleh, dan jiwa tidak ditunggangi oleh hawa nafsu.
Kenapa engkau memohon pertolongan kepada penguasa padahal diri dan hidup mereka juga berada dalam genggaman Allah Penguasa Alam Semesta. Kenapa engkau mengemis harta dan kekayaan kepada orang yang tidak punya apa-apa; mengeluh kepada yang tidak dapat mengabulkan permintaan; serta mengadu kepada yang boleh sakit dan terluka!
Memberi maaf adalah lebih lazat daripada membalas dendam, bekerja lebih nikmat daripada menganggur, qanaah lebih bernilai daripada harta, dan kesihatan lebih baik daripada kekayaan.
Kebahagiaan itu adalah ketika mushaf menjadi kawan anda, kerja anda menjadi kesukaan anda, rumah anda menjadi tempat ibadah anda, dan perbendaharaan anda adalah sifat qanaah anda.
Kirimkan surat pengharapanmu di tengah keheningan malam. Jadikan air matamu sebagai dakwatnya; kedua pipi sebagai kertasnya; kepasrahan sebagai setemnya; dan Arasy Ilahi sebagai alamat (tujuannya). Setelah itu, tunggulah jawapannya.
Meniti Suratan
Dahaga kasih padamu tiada akhirnya
Dalam kepekatan malam kau lah bintang
Ku gapai jatuh untukmu sentuh
Namun bagiku hadirmu seminit menjadi penawar
Sampai bilakah kita ini asyiknya merindu sendiri
Ada kasih dan ada cinta
Tapi terhalang lah oleh insan alpa materilistik yang menghukum cinta sebegini
Bebaskanlah kita ini di belenggu dunia
Andai hanyut bahtera kita rela di lautan gelora itu lah rela kita berdua
Hadirlah kau kasih nyatakan cintamu doa ku yang lama
Inginku bawamu bersama hasratku meniti suratan agar kenal kebahagiaan
Takdir kita kasih tuhan menentukan serah keimanan pasti sinar kebahagiaan
Jua kau lah insan suci wangian syurgawi
Pekat malam yang berlabuh aku teguh di jiwa, kau tiba jua
Andai hanyut bahtera kita rela di lautan gelora itulah rela kita berdua
Hadir lah kau kasih nyatakan cintamu doaku yang lama
Inginku bawamu bersama hasratku meniti suratan agar kenal kebahagiaan
Takdir kita kasih tuhan menentukan serah keimanan pasti sinar kebahagiaan
Jua kaulah insan suci wangian syurgawi

Monday, January 26, 2015

The Tragedy 1011 
Untukmu anak-anak Daddy - Hani, Dania, Zara & Is  
Daddy redha dan pasrah dengan ketentuan ilahi

Buat Hani, Dania, Zara & Is
However far away, I will always love you. 
However long I stay, I will always love you. 
Whatever words I say, I will always love you, I will always love you. 
Ikhlas dari Daddy