Hindarilah pendebatan yang tidak perlu serta perkumpulan yang tidak bermanfaat. Jauhilah kawan yang jahil kerana ia boleh menarikmu kepada kejahilan (seperti dirinya). Ketahuilah bahawa tabiat yang buruk boleh mempengaruhi tabiat baikmu dan penglihatan matamu yang buruk boleh menjerumuskanmu ke dalam kejahatan.
Thursday, January 29, 2015
Betapa beruntungnya dirimu, wahai burung-burung. Kamu boleh menyusuri aliran sungai yang tenang, hinggap di celah-celah ranting pepohon, makan dari buah-buahan yang beraneka macam, tidak pernah diliputi kekhuatiran akan datangnya bahaya, dan tidak pernah melintas di atas kobaran api yang membara. Kamu jauh lebih berbahagia daripada manusia.
Dirimu masih boleh berjalan di atas tapak kaki padahal pada masa yang sama banyak tapak kaki yang buntung. Engkau masih boleh berdiri tegak dengan betismu padahal ramai orang yang betisnya harus dipotong. Engkau masih boleh tidur dengan nyeyak padahal ramai orang di sekelilingmu yang sedang mengerang kesakitan.
Dirimu memiliki organ tubuh yang sempurna, iaitu dua mata, dua telinga, dua tangan, dua kaki, dan lidah. Engkau juga mempunyai iman, ilmu, dan rasa aman. Kenapa masih tidak bersyukur? Tidak ingatkah anda dengan firman Allah s.w.t., Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan? (ar-Rahman: 13)
Jika engkau memohon atau mengadukan keadaanmu kepada Allah s.w.t. dalam sujud-sujudmu maka sampaikanlah dengan suara perlahan kerana sesungguhnya Ia Maha Mendengar dan Maha Mengetahui segala yang tersamar. Jangan perdengarkan permintaanmu itu kepada orang lain di sampingmu. Sesungguhnya kecintaan ditandai dengan rahsiaan sementara manusia bersifat iri lagi dengki.
Wednesday, January 28, 2015
Jika seseorang mencelamu maka pada hakikatnya ia telah mencaci maki Allah s.w.t. Pada saat itu orang tersebut juga menderhakai Allah s.w.t. padahal Ia telah menciptakannya dari tiada; tiada bersyukur padahal Allah s.w.t. yang telah menghilangkan lapar dan memberinya makan; juga menentang kekuasaan-Nya padahal Ia telah memberinya rasa aman.
Kenapa engkau memohon pertolongan kepada penguasa padahal diri dan hidup mereka juga berada dalam genggaman Allah Penguasa Alam Semesta. Kenapa engkau mengemis harta dan kekayaan kepada orang yang tidak punya apa-apa; mengeluh kepada yang tidak dapat mengabulkan permintaan; serta mengadu kepada yang boleh sakit dan terluka!
Meniti Suratan
Dahaga kasih padamu tiada akhirnya
Dalam kepekatan malam kau lah bintang
Ku gapai jatuh untukmu sentuh
Namun bagiku hadirmu seminit menjadi penawar
Sampai bilakah kita ini asyiknya merindu sendiri
Ada kasih dan ada cinta
Tapi terhalang lah oleh insan alpa materilistik yang menghukum cinta sebegini
Bebaskanlah kita ini di belenggu dunia
Andai hanyut bahtera kita rela di lautan gelora itu lah rela kita berdua
Hadirlah kau kasih nyatakan cintamu doa ku yang lama
Inginku bawamu bersama hasratku meniti suratan agar kenal kebahagiaan
Takdir kita kasih tuhan menentukan serah keimanan pasti sinar kebahagiaan
Jua kau lah insan suci wangian syurgawi
Pekat malam yang berlabuh aku teguh di jiwa, kau tiba jua
Andai hanyut bahtera kita rela di lautan gelora itulah rela kita
berdua
Hadir lah kau kasih nyatakan cintamu doaku yang lama
Inginku bawamu bersama hasratku meniti suratan agar kenal
kebahagiaan
Takdir kita kasih tuhan menentukan serah keimanan
pasti sinar kebahagiaan
Jua kaulah insan suci wangian
syurgawi
Monday, January 26, 2015
Subscribe to:
Comments (Atom)
